Bengkel Asas Grafik Usahawan

16 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Pusat Internet Kg Chengal bengkel asas grafik ini diadakan di Kelantan ICT Gateway,UTC bagi memberi pendedahkan teknik asas manipulasi gambar dan sebagainya.

Antara kandungan bengkel ini ialah:
• Pengenalan Adobe Photoshop
• Pelbagai kaedah seleksi
• Format fail dan mod warna
• Potongan dan transform
• Teks dan typography
• Asas suntingan imej dan adjustment layer
• Latihan praktikal design poster

Menurut salah seorang peserta, beliau amat berpuas hati dan mudah memahami teknik dan cara yang di ajar oleh tenaga pengajar. Semoga semua peserta yang hadir dapat mengaplikasikan teknik yang diajar pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas